[PRN Johor] 1,021 kertas undi pos tiba dari Singapura

PRN Johor: 1,021 kertas undi pos tiba dari Singapura

MOHD. Hafeez A. Jaz membawa bagasi berisi undi pos rakyat Malaysia di Singapura untuk dihantar ke SPR menjelang PRN Johor melalui VT L darat di Larkin Sentral, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,021 kertas undi pos daripada pengundi Johor yang kini berada di Singapura tiba di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral, di sini pada pukul 1.50 petang ini.

Sukarelawan, Mohd Hafeez A. Jaz, 36, berkata, kesemua kertas undi itu dibawa masuk ke negara ini dalam satu bagasi yang dibawa melalui perkhidmatan bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat Malaysia-Singapura.

Menurutnya, bas yang membawa peti undi berkenaan bergerak meninggalkan stesen bas di Woodlands, Singapura pada pukul 12.40 tengah hari.

“Kami mengumpulkan semua undi pos ini untuk dibawa pulang ke Johor, usaha ini dilakukan bagi memudahkan rakyat Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

“Saya teruja dan berbesar hati membawa pulang undi pos ini kerana ia adalah kali pertama dilakukan khususnya melibatkan inisiatif VTL darat. Alhamdulillah, tanggungjawab saya selesai,” katanya ketika ditemui sebaik sahaj tiba dari Singapura.

Bagasi tersebut kemudian diserahkan kepada seorang lagi sukarelawan iaitu Mandeep Singh, 36, pada pukul 2 petang.

Menurut Mandeep, tugasnya pula adalah untuk menyerahkan semua kertas undi pos itu kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, esok.

Difahamkan, kira-kira 5,000 kertas undi pos telah dikumpulkan dengan ia dihantar dalam beberapa perjalanan iaitu masing-masing pada 6 dan 8 Mac, selain penghantaran terakhir iaitu hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN