PPK Kuala Langat terima Anugerah GPMRAZAK ID

PPK Kuala Langat terima Anugerah GPMRAZAK ID

ABDUL Razak Khasbollah (dua dari kiri) menerima Anugerah 'Project Of The Year GMP' bagi kategori Pengeluaran dan Pemasaran Hasil Ladang  dari Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di Menara SSM KLICC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat yang terkenal dengan pengeluaran cili merah, penternakan dan lain-lain produk pertanian menerima Anugerah ‘Project Of The Year Green Project Management (GPM)’ kategori Pengeluaran dan Pemasaran Hasil Ladang baru-baru ini.

Menurut Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbollah, kejayaan tersebut adalah pengiktirafan kepada warga PPK Kuala Langat.

“Pengiktirafan tersebut membuktikan kerja keras para peladang, pentadbiran PPK Kuala Langat selama ini mendapat perhatian pelbagai pihak.

“PPK Kuala Langat bukan sahaja memasarkan hasil pertanian seperti cili merah malahan kita mempunyai aktiviti pemasaran hasil ternakan lembu untuk korban mencecah tiga angka,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Teluk Panglima Garang hari ini.

Terdahulu pihaknya menerima anugerah tersebut dalam majlis anugerah di Menara SSM KLICC Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Yang hadir mewakili PPK Kuala Langat ialah Pengurus Besar, Ahmad Firdaus Abdul Halim dan bekas Pengurus Besar yang kini bertugas di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Mohd. Shakran Shamsudin.

Abdul Razak berkata, anugerah tersebut diharap menyuntik semangat kepada ahli-ahli untuk terus lebih produktif dalam mengeluarkan hasil pertanian.

“Semoga kejayaan ini merancakkan kembali aktiviti pertanian selepas dua tahun kita diuji dengan pandemik Covid-19,”katanya.

Untuk rekod, ‘Malaysia GPM Sustainability Awards 2021’ diadakan bagi mengiktiraf individu dan instititusi seperti sekolah, kolej, politeknik, universiti, NGO dan agensi kerajaan yang telah menyumbang kepada pelbagai projek kelestarian untuk negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN