Polis pantau perkembangan siasatan SPRM ke atas Rohana  - Utusan Malaysia

Polis pantau perkembangan siasatan SPRM ke atas Rohana 

ABDUL JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis melihat perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Rohana Rozhan sebelum memutuskan sama ada akan turut melakukan n siasatan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd. (ASTRO) berkenaan. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pada masa ini, kes berkenaan disiasat  SPRM dan polis  belum menerima sebarang maklumat mengenai kes tersebut. 

“Untuk kes tersebut, kita serahkan kepada SPRM dan jika terdapat sebarang bukti yang membolehkan polis siasat bersama, kita akan melihat perkara ini. 

“Kita akan lihat perkembangan siasatan SPRM dahulu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan ATIPSOM antara Jabatan Peguam Negara dan Agensi-agensi Penguatkuasaan Tahun 2022 di sini hari ini. 

Sebelum ini, siasatan terhadap Rohana dilakukan SPRM mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001. 

Malah, SPRM juga telah mengeluarkan perintah pembekuan ke atas aset dan akaun bank milik Rohana. 

Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat (AS) bertukar sensasi selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner memberi keterangan yang mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan Rohana. 

Memetik laporan Bloomberg, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan sulit berkenaan, Leissner memetik beberapa nama termasuk Rohana dengan menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.  

Leissner turut ditanya sama ada dia pernah memberikan sejumlah wang diterima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikan rumah tersebut pada 2013 selepas Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.  

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang anti rasuah AS dan konspirasi pengubahan wang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya