Polis lerai pergaduhan individu mabuk dalam video tular

Polis lerai pergaduhan individu mabuk dalam video tular

VIDEO tular memaparkan polis menahan sekumpulan lelaki di Jalan Telawi, Bangsar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah video yang tular dalam media sosial menunjukkan kekecohan melibatkan beberapa lelaki yang sedang ditahan polis di Jalan Telawi dekat sini, dipercayai berpunca daripada perselisihan mulut antara mereka. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku berhampiran sebuah pub apabila Polis Pantai sedang meleraikan pergaduhan mulut antara dua kumpulan pelanggan di luar pusat hiburan tersebut. 

“Kumpulan lelaki berkenaan dipercayai mabuk lalu bergaduh mulut sesama sendiri sehingga menyebabkan polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang- undang yang sedang berkua tkuasa di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah beliau, sebarang maklumat mengenai kes jenayah laporkan segera kepada polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai berdekatan.

Semalam tular video menunjukkan polis menahan beberapa individu di hadapan sebuah pub di Jalan Telawi, Bangsar. 

Dalam video itu menunjukkan sekumpulan lelaki malah ada antara dilihat tidak memakai baju.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN