Polis Langkawi tingkat pemeriksaan, pemantauan - Utusan Malaysia

Polis Langkawi tingkat pemeriksaan, pemantauan

SHARIMAN Ashari (tengah) memotong kek sempena sambutan Hari Polis ke-215 Peringkat IPD Langkawi di sini hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis Langkawi akan meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan apabila jumlah kedatangan pelancong asing dijangka meningkat apabila sempadan negara dibuka pada 1 April ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, penugasan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) masih tetap dilakukan walaupun Task Force Gelembung Pelancongan Langkawi tidak lagi dilaksanakan apabila gelembung pelancongan tersebut dimansuhkan pada 1 April nanti.

“Namun demikian bagi perancangan di tempat-tempat awam kita memang akan letakkan anggota tambahan untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai dan kawasan-kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan pelancong berasa selesa dan selamat dengan kehadiran polis.

“Kita juga akan melakukan pemantauan bagi memastikan pelancong dalam negeri dan luar negara mematuhi SOP pada setiap masa,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini hari ini.

Shariman menyatakan, antara kawasan yang akan menjadi tumpuan adalah di  kawasan-kawasan perkelahan dan membeli-belah di sekitar pulau ini.

“Polis juga akan melakukan pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) yang dijangka menerima lebih ramai pengunjung,” jelasnya.

Bagaimanapun beliau menambah, pihaknya masih menunggu SOP penuh dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pembukaan semula sempadan negara nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya