PM zahir penghargaan pada doktor berkorban lawan pandemik 

PM zahir penghargaan pada doktor berkorban lawan pandemik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia hari ini, katanya, jasa dan pengorbanan diberikan golongan itu cukup besar bukan sahaja dalam merawat pesakit, malah menyelamatkan nyawa manusia. 

“Apatah lagi sumbangan mereka yang cukup berharga ketika dunia dilanda Covid-19, para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada. Kalian adalah hero Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa kami semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. 

Hari Doktor Sedunia disambut pada 30 Mac setiap tahun. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN