PM, MB Selangor doa mangsa selamat - Utusan Malaysia

PM, MB Selangor doa mangsa selamat

KEJADIAN tanah runtuh di Taman Bukit Permai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor menzahirkan simpati dan mendoakan mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang di sini selamat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Menurut beliau, pihak bomba sedang berusaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa berkenaan.

“Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus.

“Kejadian itu juga mengakibatkan 15 rumah dan 10 kenderaan,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.

“Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut mendoakan keselamatan mangsa yang tertimbus dalam kejadian berkenaan.

Selain bomba, katanya, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut dikerah untuk bersama-sama membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

Menerima maklumat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Berdasarkan maklumat awal, empat orang mangsa terperangkap manakala 15 rumah dan 10 kenderaan terjejas.

“Pihak MPAJ sedang membantu pasukan bomba bagi kerja menyelamat. Kita berdoa agar semua mangsa selamat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN