Piala Juara-Juara: Black Panthers ramal Kl Thunder, Pistons pula Tigris 

Piala Juara-Juara: Black Panthers ramal Kl Thunder, Pistons pula Tigris 

SIWATBANCHAN menjadi tonggak utama Tigris pada aksi final Piala Juara-Juara di Iskandar Malaysia Studio, Johor malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pengendali Penang Black Panthers dan Selangor Pistons masing-masing memberi ramalan berbeza antara KL Thunder dan Johor Tigris yang bakal bergelar juara pada final sepak takraw Piala Juara-Juara di Iskandar Malaysia Studio, Johor malam ini.

Pengurus pasukan Black Panthers, Mohamad Azlee Ahmad Mahiudin ternyata kuat memilih pasukan Thunder setelah melihat hasil gadingan mantap serta pengalaman barisan pemain kebangsaannya.

Bagaimanapun, pengendali Selangor Piston, Syahril Mohd. Rashid pula meramalkan kemenangan berpihak kepada Tigris hasil prestasi semasa yang dipamerkan pemain sepanjang  aksi perlawanan berlangsung minggu ini.

“Thunder mempunyai keupayaan tersendiri dan keserasian antara pemain. Selain beregu di pentas tempatan dan Sukan SEA, pemain seperti Syahir Rosdi dan Azlan Alias juga mempunyai pengalaman.

“Mereka juga pernah beraksi untuk pasukan Penang Black Panthers. Saya percaya, pengalaman dan keserasian antara mereka mampu menobatkan Thunder sebagai juara bertahan pada Piala Juara-Juara malam ini,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Bagi Syahril pula, Tigris yang dibarisi tekong daripada pasukan Liga Premier, Selangor Pistons iaitu Zuhri Zain bersama gandingan Siwatbanchan ternyata mampu mengubah nasib serta kelebihan buat pasukan itu nanti.

“Melihat prestasi semasa, Tigris mempunyai kelebihan dari segi servis dan rejaman daripada perejamnya, Noraizat Nordin yang juga dibantu tekong dan pengumpan.

“Saingan diramal sengit malam ini tetapi daripada segi kelebihan, Tigris dijangka bakal bergelar juara dengan peratusan 60-40 sekali gus berakhir dengan perlawanan ‘double set’,” ujarnya.

Harimau Selatan akan bertemu pemenang  juara bertahan Piala Juara-Juara, KL Thunder pada pukul 10 malam nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya