Perincian mekanisme gaji minimum baharu dalam masa terdekat

Perincian mekanisme gaji minimum baharu dalam masa terdekat

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengumumkan perincian mengenai mekanisme serta pelaksanaan kadar gaji minimum baharu dalam masa terdekat. 

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman pelaksanaan gaji minimum baharu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. 

“Ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu dan seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Saravanan berkata, langkah ini juga dijangka memberi sumbangan positif dalam merangsang ekonomi negara melalui peningkatan kuasa beli pekerja.

Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini namun hanya membabitkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima pekerja ke atas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN