PETALING JAYA: Kerajaan menetapkan penyertaan golongan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan tersebut dibuat sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita yang menjadi sebahagian penyumbang penting kemajuan sosio ekonomi dan kemakmuran negara.
“Kita sepatutnya mengiktiraf secara berterusan peranan wanita sebagai pemimpin dan penyumbang penting kepada kemajuan sosio-ekonomi dan kemakmuran negara.
“Sehubungan itu, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, setiap GLC tersenarai hendaklah mencapai tahap penyertaan wanita sekurangkurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023,” katanya dalam Majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. – UTUSAN