Penyertaan KDM diputuskan dalam mesyuarat GRS

Penyertaan KDM diputuskan dalam mesyuarat GRS

YAKUB Khan (duduk-tengah) bersama Ruddy Awah (kanan) dan Zainal Abidin (kiri) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hasrat Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) ingin menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan diputuskan dalam mesyuarat gabungan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, mereka akan menggunakan meja mesyuarat untuk memutuskan keinginan bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony membawa parti baharunya menyertai GRS.

“Di Sabah, kita mempunyai kerjasama antara parti-parti komponen dalam GRS bersama-sama dengan BN jadi, kita akan menggunakan meja mesyuarat untuk membuat keputusan.

“Kita serahkan kepada pemimpin-pemimpin utama parti untuk berbincang sama ada menerima atau tidak, ia terpulang kepada keputusan mesyuarat,” katanya selepas majlis pelancaran digital IoT Sandbox hari ini.

Mengenai pendaftaran GRS, Yakub berkata, BN/UMNO Sabah mendukung pendaftaran GRS demi kestabilan politik dan kemakmuran Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu berkata, pendaftaran GRS bukan hal yang perlu dibincangkan oleh BN kerana GRS adalah komponen yang berlainan.

Pada 21 Februari lalu, semasa mengumumkan nama partinya, Peter menyatakan parti berbilang kaum itu akan memohon menyertai GRS sebaik sahaja gabungan parti politik itu didaftarkan secara rasmi.

Malah, Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor melihat hasrat KDM mahu menyertai GRS akan membantu menstabilkan lagi politik Sabah.

Walau bagaimanapun, perkara itu masih perlu dibincangkan bersama dengan parti komponen lain dalam GRS.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Seri Ruddy Awah.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya