Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu Myvi mabuk - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu Myvi mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditungganginya terbabas selepas dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk di Jalan Kuching di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak Ex90 dilanggar oleh sebuah Perodua Myvi di laluan sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tembok penghadang jalan.

“Mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu kereta seorang lelaki berusia 32 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sarifudin, ujian pernafasan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

“Suspek direman tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN