Penjawat awam terima rasuah RM13,000 ditahan - Utusan Malaysia

Penjawat awam terima rasuah RM13,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam disyaki menerima rasuah kira-kira RM13,000 daripada seorang individu, dua tahun lalu.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Jun 2020 sebagai balasan untuk tidak meneruskan siasatan dan melepaskan individu tersebut yang ditahan atas satu kesalahan jenayah.

Menurutnya, individu terbabit yang bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN