Peniaga Bazar Ramadan Kelantan naikkan harga, kecilkan saiz

Peniaga bazar Ramadan Kelantan naikkan harga, kecilkan saiz

PARA pekerja memasang khemah dan gerai untuk program Madinah Ramadan dan bazar Ramadan yang bakal dibuka di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Naikkan harga atau kecilkan saiz juadah menjadi antara strategi kebanyakan peniaga bazar Ramadan di nege­ri ini bagi menyerap pe­ningkatan kos bahan asas se­perti tepung, telur dan daging.

Rata-rata peniaga memberi­tahu Utusan Malaysia, mereka seboleh-bolehnya enggan menaikkan harga jualan kerana bimbang tidak laku atau hilang pelanggan tetap.
Peniaga, Nik Hafiz Nik Harun, 35, berkata, dia memilih untuk mengecilkan saiz hidangan aneka jenis sup dan nasi yang akan dijual di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

“Sebenarnya sejak Covid-19 melanda negara dua tahun lalu, saya sudah dua kali menaikkan harga sehingga pelanggan tetap saya merungut. Jadi kali ini, saya elak naikkan harga tetapi cuba kecilkan saiz hidangan.

“Buat masa ini hidangan nasi sup daging di gerai saya kekal RM8 sebungkus, manakala nasi sup perut RM10 sebungkus, namun isi lauk di dalamnya terpaksa dikurangkan untuk elak kerugian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nor Nadia Mohamad, 30, yang berniaga kuih tradisi Ke­lantan nekbat dan akok di Melor, di sini pula berkata, dia run­sing memikirkan kos telur dan tepung yang naik, selain berdepan kesukaran mendapatkan bekalan.

“Sebelum ini kuih nekbat saya jual dengan harga RM2 se­tiap empat biji, sekarang jadi RM2 setiap tiga biji. Kuih akok pula tahun lalu saya jual RM3 bagi setiap lima biji, tahun ini saya tetapkan harga RM4 bagi setiap enam biji, “ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN