Pengundi puas hati kemudahan di pusat mengundi

Pengundi puas hati kemudahan di pusat mengundi

FATEMAH Atan bersama anaknya, Norhafizah Sain hadir ke pusat mengundi bagi menunaikan kewajipan di Dewan Kampung Melayu, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengundi warga emas di Pusat Mengundi Dewan Kampung Melayu, di sini berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan khususnya bagi mereka yang berkerusi roda.

Norliah Atan, 65, berkata, mereka tidak perlu menunggu lama dan proses untuk membuang undi juga berjalan dengan lancar selain tempat yang disediakan amat selesa.

“Bagi mak cik yang sakit lutut dan menggunakan kerusi roda ini, proses mengundi berjalan dengan baik walaupun pergerakan terbatas. Setidak-tidaknya dapat juga menjalankan tanggungjawab mengundi bagi memilih wakil rakyat yang akan membela nasib penduduk setempat.

“Mak cik nasihatkan supaya orang muda yang sihat tubuh badan mereka untuk keluar mengundi bagi tentukan masa depan bangsa Johor,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Bagi Fatemah Atan, 70, pula, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat membantu dalam memudahkan urusannya menjalankan hak sebagai rakyat Malaysia. 

Katanya, walaupun tidak kuat untuk berjalan namun tetap bersemangat menjadi antara terawal ke pusat mengundi sambil ditemani anaknya, Norhafizah Sain, 35. 

“Mak cik tidak pernah terlepas peluang untuk mengundi sebelum ini dan pastinya tak akan melepaskan peluang kali ini,” katanya yang sudah mengundi 10 kali pada Pilihan Raya Umum sebelum ini. 

Petugas SPR memberitahu, perkhidmatan kerusi roda disediakan di setiap pusat mengundi bagi kegunaan mereka yang memerlukan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN