Pengeluaran khas RM10,000  beri kesan jangka pendek kepada KWSP

[PARLIMEN] Pengeluaran khas RM10,000  beri kesan jangka pendek kepada KWSP

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas RM10,000 secara one-off hanya memberi kesan jangka pendek terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, pengeluaran itu memanfaatkan 6.3 juta ahli dengan RM63 bilion disalurkan.

Bagaimanapun, beliau mengakui, pengeluaran khas itu tetap memberi kesan besar memandangkan RM63 bilion melibatkan pasaran dan kuasa beli rakyat menjadi tinggi.

“Sudah pasti bila kita perlu menyediakan nilai pengeluaran RM63 bilion, ia akan beri kesan terhadap kemampuan pelaburan KWSP dalam jangka masa pendek, bukan sederhana…bukan panjang,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Disebabkan itu, katanya, KWSP akan mengimbangi semula portfolio bagi mengurangkan kesan kepada prestasi pelaburan KWSP.

“KWSP sentiasa komited untuk memastikan dana persaraan ahlinya terjamin,” katanya.

MOHD. SHAHAR ABDULLAH

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai langkah-langkah mengatasi masalah yang akan dihadapi oleh KWSP berhubung pengeluaran khas RM10,000.

Katanya, berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan sebelum ini, kos pinjaman kerajaan dijangka bertambah RM830 juta setahun kerana pengeluaran KWSP.

Beliau menyatakan kebimbangan, jika dibenarkan pengeluaran tersebut, akan menyebabkan sejumlah RM63 bilion dan membawa kemungkinan terpaksa menjual aset-aset KWSP di luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya