Penerbangan Pulau Pinang - Singapura menerusi program VTL udara

Penerbangan Pulau Pinang – Singapura menerusi program VTL udara

LTAPP di Bayan Lepas dalam persediaan menerima penerbangan menerusi program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini bersedia menerima penerbangan menerusi program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, Malaysia Airports Sdn. Bhd. telah melaksanakan perancangan rapi yang diperlukan di LTAPP untuk memastikan penerbangan menerusi program VTL udara antara Pulau Pinang dan Singapura itu berjalan lancar. 

“Perancangan ini termasuk menetapkan jambatan dan laluan khusus untuk penumpang turun. 

“LTAPP juga telah menyediakan Makmal Perubatan untuk tujuan pelaksanaan ujian saringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Pada Disember tahun lalu, Malaysia Aviation Group (MAG) menyatakan hasrat agar program  VTL udara antara Singapura dan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi republik itu dan negeri ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail berkata, permohonan cadangan VTL udara antara Singapura dan Pulau Pinang telah dikemukakan beberapa bulan lalu, namun keputusan mengenai pelaksanaannya masih belum diketahui. 

VTL antara Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini bermula pada 29 November tahun lalu. 

Menurut Soon Hin, penumpang yang disaring negatif Covid-19 semasa ketibaan akan dibenarkan masuk ke Pulau Pinang manakala mereka yang positif akan dihantar ke kawasan pengasingan khas untuk tindakan lanjut. 

“Kerajaan negeri terus komited dalam mengekang penularan virus Covid-19 bagi memastikan program VTL Pulau Pinang-Singapura dapat membantu pemulihan ekonomi negeri ini,” katanya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya