Pembantu tadbir rugi RM25,930 terjebak kerja sambilan tidak wujud

Pembantu tadbir rugi RM25,930 terjebak kerja sambilan tidak wujud

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pembantu tadbir kerugian RM25,930 akibat terpedaya dengan sindiket menawarkan kerja sambilan tidak wujud, 25 Februari lalu. 

Wanita berusia 28 tahun itu mencuba nasib untuk melakukan kerja sambilan selepas diberitahu oleh rakan sekerjanya tentang peluang memperoleh keuntungan berlipat ganda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Bera di sini melakukan 10 kali transaksi ke beberapa akaun diberikan suspek. 

“Mangsa mendapat maklumat kerja sambilan itu melalui rakan di tempat kerjanya selepas rakannya itu mendakwa suaminya memperoleh komisen lumayan dengan melakukan kerja sambilan itu. 

“Dia (mangsa) kemudian berhubung dengan suspek yang mengendalikan laman web bagi pekerjaan itu dan diarahkan membuat transaksi ke nombor akaun diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. 

Dalam pada itu Mohd. Wazir berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas berasa curiga dengan pekerjaan ditawarkan pengendali laman web itu. 

“Mangsa, kemudian membuat laporan polis dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, pagi semalam.

“Penipuan membabitkan tawaran kerja tidak wujud adalah antara modus operandi terbaharu digunakan suspek dalam kes penipuan. Polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN