Pelayan restoran ditampar pelanggan - Utusan Malaysia

Pelayan restoran ditampar pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak memasang lagu seperti yang dipinta pelanggan, seorang pelayan warga asing cedera ditampar dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan SS 15/5 pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku apabila suspek bersama rakannya telah memesan minuman keras di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, semasa minum, suspek telah meminta mangsa untuk memasang lagu Tamil.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan tidak boleh disebabkan pemasangan lagu telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

“Berang dengan jawapan mangsa, suspek kemudiannya memarahi serta memaki hamun mangsa lalu menampar pipi sebelah kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, suspek bersama rakannya kemudiannya terus beredar daripada restoran berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kejadian.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya