Pelajar kolej dipenjara 14 tahun, 30 sebatan rogol adik

Pelajar kolej dipenjara 14 tahun, 30 sebatan rogol adik

PELAJAR kolej dihukum penjara 14 tahun dan 30 sebatan kerana merogol adiknya sehingga melahirkan anak di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar kolej dihukum penjara 14 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merogol adiknya sehingga melahirkan anak.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 14 tahun itu berjalan serentak bagi setiap pertuduhan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan anak sulung didakwa merogol adik kandungnya yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di daerah ini pada Disember 2020.

Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali lagi sehingga Januari 2021 di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sehingga 10 sebatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya