PDRM tidak kompromi dakwaan enggan siasat laporan keganasan rumah tangga

PDRM tidak kompromi dakwaan enggan siasat laporan keganasan rumah tangga

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama sekali tidak berkompromi jika mendapati mana-mana anggota mereka enggan menjalankan siasatan membabitkan kes keganasan rumah tangga sebagaimana dibangkitkan  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 28 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, tindakan tegas jika benar terdapat sebarang perlanggaran dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga sebagaimana didakwa.

Kata beliau, sejak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 berkuat kuasa pada 1 Jun 1996, PDRM  mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes-kes keganasan rumah tangga untuk dipatuhi di semua peringkat.

Jelasnya, ia termasuk arahan tindakan tatatertib ke atas anggota yang enggan menerima laporan polis kes keganasan rumah tangga

“Sehubungan itu, PDRM memohon pihak KPWKM dan mana-mana pihak yang terkesan berhubung isu yang dibangkitkan untuk tampil serta memberi maklumat yang lebih terperinci supaya siasatan dalaman dapat dijalankan.

“Seterusnya tindakan dapat diambil ke atas anggota yang terlibat jika ia benar berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, KPWKM dilapor akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan keluhan sesetengah mangsa keganasan rumah tangga yang mengadu polis enggan menerima laporan mereka dengan alasan itu adalah isu keluarga. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN