[PAU 2021] MOU bersama pembangkang ada muslihat - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

[PAU 2021] MOU bersama pembangkang ada muslihat – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi ketika ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dataran Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan pembangkang untuk bersetuju menandatangani memorandum persefahaman bersama kerajaan seolah-olah mempunyai muslihat tertentu untuk menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara tersembunyi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apabila pembangkang bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu.

Justeru tegas beliau, UMNO seharusnya sedar bahawa lawan-lawan itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan parti.

“Dalam legenda Helen of Troy, seorang wanita telah menghancurkan sebuah negara daripada dalam. Kita seharusnya sedar bahawa lawan-lawan kita itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan kita.

“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu. Saya percaya, mereka menerima kita, kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita.

They never love us! (Mereka tidak pernah suka kita) Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita. Sedarlah! You are sleeping with your enemies. Mereka menyimpan belati dalam selimut kita. Apakah kita mahu menyambung MoU itu lagi? Kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya