[Parlimen] RUU IPCC tangguh lagi 

RUU IPCC tangguh lagi 

M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) menyuarakan rasa tidak puas hatinya apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang menangguhkan sekali lagi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC) 2022. 

RUU berkenaan sepatutnya dibacakan buat kali kedua, bagaimanapun, kerajaan menangguhkan pembentangannya pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang. 

Ekoran tidak berpuas hati, Kulasegaran memohon kerajaan menjelaskan sebab usul itu perlu ditangguhkan ketika usul tersebut sudah ditangguh beberapa kali.

“Macam tidak ada hasrat oleh kerajaan untuk membawa pembaharuan polis. Orang ramai tak faham kenapa kerap kali Parlimen bersidang, akta ini ditunda. Apa dia punya asas, saya nak tahu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Mas Ermieyati hari ini memaklumkan sebanyak sembilan usul ditangguhkan ke sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang. 

IPCC merupakan antara usul yang terpaksa ditangguhkan diikuti RUU Perhutanan Negara Pindaan 2022, RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021, RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah Pindaan 2021, RUU Anti Gangguan Seksual 2021, RUU Undang-Undang Racun Pindaan 2022, RUU Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Pembubaran 2021, RUU Kawalan Padi dan Beras Pindaan 2022 dan RUU Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Pindaan 2022.

RUU IPCC bertujuan menggantikan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dibawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, ia disifatkan sebagai lemah berbanding IPCMC kerana salah satu perbezaan utamanya adalah badan dicadangkan kerajaan sekarang tidak boleh mengambil tindakan terhadap anggota polis yang membuat salah laku.

Sebaliknya, menurut RUU IPCC, tindakan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) atau badan lain yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya