[PARLIMEN] Lebih 80,000 pesara menerima pencen kategori miskin tegar

[PARLIMEN] Lebih 80,000 pesara menerima pencen kategori miskin tegar

MASTURA MOHD. YAZID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9.85 peratus daripada 886,458 pesara yang menerima wang pencen dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu seramai 87,370 orang pesara.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid.

“Bagi menentukan pesara pencen yang dikategorikan sebagai miskin tegar, adalah perlu mengambil kira tempoh perkhidmatan pegawai selama 25 tahun untuk melayakkan pesara kadar pencen terendah iaitu sebanyak RM1,000,” katanya ketika sesi penggulungan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai peratusan pesara yang menerima pencen minimum dan dikategorikan sebagai miskin tegar.

Bagaimanapun, Mahfuz meminta kerajaan menyemak semula tangga gaji supaya nasib penjawat awam terbela apabila mereka bersara kelak.

“Ini (statistik) yang telah bersara, belum lagi pesara yang akan masuk ke dalam alam persaraan yang juga akan dimasukkan dalam kategori ini.

“Kita perlu membuat semakan semula untuk memastikan supaya mereka yang menerima pencen tidak jatuh dalam miskin tegar, ini kita perlukan semakan tangga tinggi,” katanya.

Mastura memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneliti semula perkara tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN