[PARLIMEN] 5,345 doktor letak jawatan dalam tempoh lima tahun - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] 5,345 doktor letak jawatan dalam tempoh lima tahun

KHAIRY JAMALUDDIN menafikan aplikasi MySejahtera dijual kepada swasta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 2,032 pegawai perubatan lantikan kontrak Kementerian Kesihatan telah meletak jawatan sejak tahun 2017 hingga 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pecahan jumlah tersebut menyaksikan seramai 110 doktor kontrak berhenti pada 2017; 168 doktor (2018); 475 doktor (2019); 511 doktor (2020) dan 768 doktor (2021).

Beliau berkata, pegawai perubatan lantikan tetap kementerian yang mengambil tindakan sama pula seramai 3,313 orang sejak tahun 2017 hingga 2021.

Jelasnya, seramai 869 doktor meletak jawatan pada 2017; 734 doktor (2018); 915 doktor (2019); 534 doktor (2020) dan 261 doktor (2021).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan, keputusan ini adalah hak yang diputuskan sendiri oleh pegawai, alasan perletakan jawatan antaranya berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, sebab peribadi, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian secara bertulis menerusi pemberitahuan pertanyaan jawab lisan Dewan Rakyat bertarikh 14 Mac 2022.

Terdahulu, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (PEJUANG-Sri Gading) dalam soalan bertulis meminta menteri kesihatan menyatakan statistik bilangan pegawai perubatan tetap dan kontrak yang telah meletak jawatan mengikut tahun dan faktor mereka berbuat demikian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN