Najib sudah beri penjelasan mengenai 1MDB - Yang Dipertua

[Parlimen] Najib sudah beri penjelasan mengenai 1MDB – Yang Dipertua

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat beliau mengenai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Katanya, penjelasan tersebut telah pun diterima pada 10 pagi Selasa minggu lalu.

“Saya telah meneliti penjelasan tersebut dan ia agak tepat. Saya telahpun duduk dengan Yang Berhormat Damansara untuk penjelasan yang diberikan dan saya telah memberikan sedikit masa kepada Yang Berhormat Damansara untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan penjelasan Najib mengenai 1MDB, yang sepatutnya dikemukakan minggu lalu.

Namun, kata Azhar, sebarang keputusan hanya akan dibuat setelah beliau mendapat maklum balas yang menyeluruh kerana penjelasan itu melibatkan butiran-butiran yang terperinci dan spesifik.

“Butiran-butiran tersebut terpaksa saya perhatikan sama ada apa yang diperkatakan itu mengelirukan atau tidak.

“Saya akan beri semua salinan kepada Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Damansara supaya mereka tahu apa yang diperkatakan dan setelah menjawab jawapan daripada Yang Berhormat Damansara, saya akan membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Tony Pua (PH-Damansara) telah mengemukakan usul supaya merujuk Najib kepada Jawatankuasa Khas Pilihan kerana didakwa cuba mengelirukan Dewan Rakyat berkaitan isu 1MDB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN