Najib perjelas isu 1MDB Selasa ini

Najib perjelas isu 1MDB Selasa ini

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memberi lanjutan masa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibahaskan bekas Perdana Menteri itu di Dewan Rakyat sebelum ini.

Azhar Azizan berkata, tidak timbul persoalan sama ada Ahli Parlimen Pekan tersebut mengingkari arahan atau tidak kerana beliau sendiri sudah memberi lanjutan masa kepada Najib sehingga pagi Selasa ini.

“Saya menerima surat daripada Najib meminta lanjutan masa sehingga Rabu ini dan saya telah membenarkan permohonan tersebut sehingga pagi Selasa pagi,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen sehingga berlaku pertikaman lidah membabitkan Tony Pua (PH – Damansara), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN – Baling).

NAJIB TUN RAZAK

Menurut Azhar Azizan, beliau sebelum ini telah menulis surat kepada Najib dan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) serta meminta kedua-duanya menjelaskan kenyataan mereka selewat-lewatnya pada Rabu.

Tony berkata, tindakan Najib (meminta lanjutan masa) itu telah menghina Parlimen dan Speaker.

“Kita faham kalau beliau masuk hospital, tak dapat jawab atau dia mungkin seorang calon di Johor. Kita setuju, tetapi alasan berkempen di Johor dan tiada masa nak jawab Speaker di Parlimen.

“Ini satu perkara yang menghina Parlimen, menghina Speaker,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya