MySejahtera: Jelaskan penglibatan MySJ Sdn. Bhd. - Tok Mat - Utusan Malaysia

MySejahtera: Jelaskan penglibatan MySJ Sdn. Bhd. – Tok Mat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta menjelaskan dakwaan penglibatan MySJ Sdn. Bhd. dalam pengambilalihan aplikasi MySejahtera.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun MySejahtera adalah aplikasi yang membantu dan bermanfaat, namun dakwaan pelantikan entiti persendirian, MySJ sebagai syarikat yang akan menguruskan aplikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya adalah sesuatu yang membimbangkan.

Justeru, katanya, walaupun Kementerian Kesihatan telahp memberikan penjelasan, ada beberapa kekeliruan yang wajar dijelaskan.

“Terutama tentang pelantikan MySJ melalui mekanisme rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka. Rakyat berhak mengetahui rasional dan motif serta kemampuan entiti yang terlibat.

“Apa lagi kerana keputusan sebegini melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan dan tren kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memberi peringatan bahawa aplikasi MySejahtera dibangunkan sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat untuk mendepani pandemik yang menular.

“Apa-apa tujuan lain selain pengawalan pandemic memerlukan kerajaan melakukan libat urus yang komprehensif dengan semua pemegang taruh, terutamanya rakyat Malaysia.

“Segala rencana menaik taraf penggunaan aplikasi tersebut, bagi memudahan urusan pendermaan organ atau apa jua urusan kesihatan yang lain, walaupun bermanfaat, namun adalah tidak selari dengan tujuan asal pembangunan aplikasi tersebut.

“Sekiranya cadangan menaik taraf dan mempelbagaikan fungsi MySejahtera ini ingin dilakukan, mekanisme semak dan imbang sangat diperlukan bagi memastikan keutuhan maklumat peribadi rakyat Malaysia tidak dikompromi,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan juga wajar memutuskan rasional pendaftaran melalui MySejahtera dan kewajipan pengaktifan MySJTrace setelah Malaysia akan memasuki fasa endemik mulai 1 April ini.

“Rakyat Malaysia tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme surveillance yang secara langsung, mencerobohi privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka.

“Tentukanlah tempoh masa, sebelum semua ini boleh kita hentikan, demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia sama seperti sebelum pandemik.

“Ketelusan dalam semua perkara ini adalah sangat penting, dalam mengukuhkan keyakinan rakyat tentang plan Kerajaan dalam melebarkan aplikasi MySejahtera dari fungsi asalnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya