Muhyiddin perlu jelaskan mengapa tarif air naik

Muhyiddin perlu jelaskan mengapa tarif air naik, bukan tawar air percuma 

KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan punca tarif  air meningkat di  Johor dan bukannya menawarkan air percuma kepada penduduk negeri itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, masalah tarif air yang tinggi juga hakikatnya berlarutan sejak dahulu dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini adalah masalah yang telah berlarutan sekian lama, dampak penswastaan sistem bekalan air Johor secara berperingkat bermula 1992. Semua ini akhirnya menyebabkan satu perjanjian konsesi pengedaran bekalan air dimeterai dengan Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) pada 1999 untuk selama selama 30 tahun.

“Menteri Besar Johor pada 1992 adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekarang. Mungkin beliau wajar tampil menjelaskan perkara ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu Khaled berkata, pemberian air percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) hakikatnya pernah dilaksanakan sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN).

 “Melalui Belanjawan Johor 2021, Kerajaan Negeri Johor telah pun melaksanakan Skim Pemberian Air Percuma sebanyak 10 meter padu kepada golongan B40 Negeri Johor.

“Malah semasa saya menjadi Menteri Besar pada 2013, Kerajaan Johor telah menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegarnya,” ujarnya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya