Muda mahu jadi pembangkang bertanggungjawab

Muda mahu jadi pembangkang bertanggungjawab

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertekad menjadi pembangkang bertanggungjawab selepas memenangi satu daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tugas melakukan proses semak dan imbang adalah sama penting seperti tugas wakil rakyat kerajaan.

Katanya, Muda juga sentiasa komited dengan menyediakan politik khidmat kepada masyarakat sama ada mereka menang atau kalah.

“Kita mengaku masih baru bertapak kira-kira dua bulan lalu, ia tidak mudah apatah lagi apabila menggunakan bendera sendiri yang baru diperkenal. Jadi saya rasa masih banyak kerja perlu kita lakukan.

“Walaupun kalah kita tetap memberikan khidmat sebaik mungkin, termasuk di kawasan-kawasan yang kita kalah,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Muda di Taman Desa Tebrau di sini, malam tadi.

Pada PRN Johor, Muda bertanding di kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Larkin namun hanya melakar kemenangan di Puteri Wangsa.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN