MRT Corp maklumkan peletakan jawatan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid

MRT Corp sahkan peletakan jawatan Azhar sebagai Pengerusi, Pengarah Syarikat

AZHAR ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) memaklumkan peletakan jawatan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi dan Pengarah Syarikat itu berkuat kuasa 7 Mac lalu.

“MRT Corp mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai oleh Datuk Wira Azhar sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kami turut mendoakan yang terbaik dalam usaha beliau pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat tersebut bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan Azhar itu.

Menurut laporan media yang memetik sumber, Azhar telah mengemukakan peletakan jawatan selepas 10 bulan memegang jawatan itu, disebabkan mempunyai “perbezaan pendapat” mengenai pelaksanaan projek Transit Aliran Massa 3 ( MRT3).

Azhar menerajui MRT Corp dari 2011 hingga 2014.

Laluan MRT3 dilaporkan menjangkau kira-kira 50 kilometer dan mempunyai jajaran sepanjang bandar raya Kuala Lumpur, terdiri daripada bahagian bertingkat dan bawah tanah serta mempunyai 31 stesen.

Menurut laporan sebuah portal, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, kerugian selepas cukai MRT Corp meningkat kepada RM8.94 bilion, 22.4 peratus lebih tinggi berbanding RM7.3 bilion tahun sebelumnya.

Pada akhir Disember 2020, kerugian terkumpul MRT Corp dilaporkan telah meningkat kepada RM52.98 bilion, dengan jumlah aset sebanyak RM4.03 bilion dan jumlah liabiliti RM2.81 bilion. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×