MetMalaysia naik taraf aplikasi RakanMET

MetMalaysia naik taraf aplikasi RakanMET

MUHAMMAD HELMI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menaik taraf aplikasi mudah alih RakanMET sempena Hari Meteorologi Sedunia tahun 2022 hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, aplikasi mudah alih tersebut dinaik taraf  sempena Hari Meterologi Sedunia tahun 2022.

Katanya, aplikasi itu merupakan platform perkongsian maklumat cuaca seperti hujan lebat, ribut petir, angin kencang, jerebu, gempa bumi atau bencana.

“Aplikasi ini dibangunkan untuk perkongsian maklumat di antara pengguna dengan MetMalaysia yang berorientasikan perkhidmatan komuniti dan perkongsian pintar. Setiap pelaporan yang dikongsikan adalah berdasarkan tetapan lokasi semasa telefon pengguna melalui Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

“Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan maklumat ramalan cuaca semasa dan maklumat ini tersedia dalam masa 30 minit untuk tempoh sehingga 3 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN