Met Malaysia jangka ribut petir, hujan lebat di 6 negeri sehingga 4 petang

Met Malaysia jangka ribut petir, hujan lebat di 6 negeri sehingga 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat di enam negeri sehingga pukul 4 petang ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Raub) • Selangor (Hulu Selangor) • Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin) • Melaka • Johor sehingga 4:00 petang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN