Mengundi kali pertama sebagai calon mendebarkan - Norliza Noh - Utusan Malaysia

Mengundi kali pertama sebagai calon mendebarkan – Norliza Noh

NORLIZA Noh mengundi di SK Bandar Easter, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga kali melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norliza Noh tidak menafikan proses kali ini terasa lain debarannya.

Ini kerana, beliau pertama kali bertanding dalam pilihan raya setelah mendapat kepercayaan pucuk pimpinan parti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Katanya, beliau berharap agar pengundi di kawasan DUN berkenaan dapat keluar mengundi seawal yang mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab demokrasi.

“Hari ini debaran lain macam, mungkin disebabkan ini adalah PRN Johor tak macam Pilihan Raya Umum dan saya juga kali pertama jadi calon.

“Tapi Alhamdulillah saya selesai jalankan tanggungjawab. Saya harap penduduk akan keluar awal kerana kita nak pastikan pengundi putih keluar awal seboleh-bolehnya sebelum tengah hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Norliza selesai mengundi pada pukul 8.30 pagi tadi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Easter, di sini.

Norliza berkata, beliau yakin BN akan meraih kemenangan di kedua-dua kerusi DUN Johor Lama dan Sedili ekoran kerja keras yang dilakukan bersama jentera selama 14 hari.

Johor Lama menyaksikan saingan empat penjuru antara Norliza, Alias Rasman (PN), Mohd. Shukor Ahmad (Pejuang) dan Omar Mokhtar A. Manap (PKR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya