Melaka bakal jadi lokasi kegemaran bikers - Utusan Malaysia

Melaka bakal jadi lokasi kegemaran bikers

MUHAMMAD Jailani Khamis (depan) mengetuai Program Konvoi Semarak Pelancongan Melaka 2022 di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka bakal menjadi destinasi ‘wajib dikunjungi’ buat pencinta dua roda selepas kerajaan negeri memperkenalkan sub sektor pelancongan sukan bermotor sedikit masa lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya akan memperkenalkan produk pelancongan baharu dikenali sebagai Rainbow Village yang mana ia menempatkan lokasi pameran hasil seni kenderaan unik untuk tatapan umum.

Katanya, projek berkenaan masih di peringkat perbincangan dan akan dimaklumkan dengan lebih lanjut setelah mendapat kelulusan.

“Apa yang pasti kita rancang, dalam Rainbow Village itu akan diadakan satu elemen dikenali sebagai Bikers Heaven yang mana akan ada pameran hasil karya seni kenderaan custom.

“Lokasinya, saya tak nak beritahu di mana, bila dah siap dan projek pembangunannya sudah bermula saya akan maklumkan,” katanya selepas pelancaran Program Pencarian Pengunjung Bertuah Kelapan Juta di Pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini.

Tambah Muhammad Jailani, Menara Taming Sari yang kini sudah berusia hampir 14 tahun juga akan dinaik taraf oleh kerajaan negeri.

Jelasnya, pelbagai tarikan baharu akan diperkenalkan seperti pembinaan sebuah terowong pelancongan yang bakal dilengkapi dengan pameran interaktif.

“Selain itu, ia juga akan dibangunkan dengan sebuah restoran tergantung dan tarikan rumah hantu yang kini dalam proses pembinaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya