MBJB sedia 2,817 tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri

MBJB sedia 2,817 tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri

MOHD. NOORAZAM OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menyediakan sebanyak 2,817 tapak perniagaan di 48 lokasi bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri yang telah diluluskan sempena bulan Ramadan tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, pihaknya mengingatkan kepentingan penjagaan kebersihan dan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang masih berkuat kuasa.

Katanya, perkara tersebut perlu menjadi keutamaan semua pihak khususnya kepada peniaga yang terlibat sepanjang tempoh sebulan itu 

“Bulan Ramadan akan tiba Ahad ini, jadi kemeriahan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak dan ia juga menghidupkan lagi suasana Ramadan.

“Pada tahun ini, sebanyak 44 lokasi Bazar Ramadan dan empat lokasi Bazar Aidilfitri telah diluluskan penganjurannya melibatkan sejumlah 2,817 tapak perniagaan,” katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Penuh Bilangan 3 Tahun 2022 di Menara MBJB, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Noorazam, seramai 31 wakil penganjur Bazar Ramadan dan Aidilfitri telah diberi penerangan oleh Jabatan Pelesenan MBJB dan SW Corporation berkenaan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan penganjurannya berjalan lancar.

“Peniaga diwajibkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna, memakai apron dan sarung tangan pakai buang sepanjang menyediakan juadah makanan, peniaga juga dilarang menggunakan bekas polisterin dan surat khabar untuk membungkus makanan.

“Sementara itu, pengunjung juga digalakkan untuk membawa bekas makanan dan membungkus juadah berbuka puasa yang dibeli bagi menggalakkan budaya dan amalan rendah karbon,” ujarnya.

Sementara itu, antara lokasi Bazar Ramadan pada tahun ini termasuklah di Jalan Padi Mahsuri 22 dan Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda serta Jalan Mata Kucing, Kampung Pasir. Manakala lokasi Bazar Ramadan baharu pula adalah di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru di Hutan Bandar. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya