Maritim Malaysia laksana pemindahan kecemasan pesakit apendiks - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia laksana pemindahan kecemasan pesakit apendiks

ANGGOTA Maritim membantu memindahkan pesakit bagi menerima rawatan apendiks di Labuan semalam. - IHSAN MARITIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pemindahan kecemasan bagi membantu pesakit apendiks untuk mendapatkan rawatan di daratan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut kira-kira pukul 11.35 malam memaklumkan seorang kru kapal memerlukan bantuan pemindahan kecemasan (Medevec) ke darat untuk menerima rawatan apendiks.

Justeru, bot Kilat 40 digerakkan bagi memberi bantuan kecemasan untuk memindahkan pesakit berkenaan daripada kapal yang sedang bersauh untuk dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan.

Pesakit itu kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk segera menghubungi talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 jika berlaku sebarang kecemasan di laut.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp 013-2558539. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN