Mangsa kedua ditemukan disahkan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mangsa kedua ditemukan disahkan meninggal dunia

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa kedua yang ditemukan dalam runtuhan tanah di Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, setakat ini, mayat wanita tempatan itu dibawa ke Hospital Ampang.

“Setakat ini, lelaki berusia 84 tahun berjaya diselamatkan pada pukul 6.45 petang manakala seorang lagi mangsa wanita dipercayai isteri kepada mangsa pertama ditemukan namun disahkan meninggal dunia.

“Kita masih mencari tiga lagi mangsa yang melibatkan dua buah rumah yang tidak dapat dipastikan keberadaan mereka namun operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Terdahulu, dua buah rumah melibatkan lima mangsa tertimbus manakala 13 kediaman dan 10 kenderaan rosak dalam kejadian pukul 5.30 petang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN