Lombong bitcoin: 627 ditahan, RM69.8 juta pelbagai rampasan - Utusan Malaysia

Lombong bitcoin: 627 ditahan, RM69.8 juta pelbagai rampasan

ACRYL Sani Abdullah Sani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 627 individu dan jumlah rampasan bernilai RM69.8 juta hasil aktiviti melombong bitcoin  direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2020 hingga semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejayaan tersebut dilakukan menerusi serbuan-serbuan  Jabatan Siasatan Jenayah polis di seluruh negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut beliau, bagi terus membanteras jenayah,  TNB menyumbang sembilan kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Mitsubishi Triton kepada PDRM. 

“Majlis penyerahan yang berlangsung hari ini melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din kepada KPN.

“PDRM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB atas sumbangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kata Acryl, kenderaan itu turut akan digunakan JSJ bagi mempergiat usaha membanteras kegiatan mencuri elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin di seluruh negara.

Katanya, orang ramai dinasihatkan peka dengan aktiviti melombong bitcoin secara haram.

“Pemilik premis diminta berwaspada sebelum menyerahkan premis kepada penyewa dan melawat secara kerap bagi mengelak premis disalah guna.

“Salurkan maklumat kepada TNB atau PDRM jika terdapat pihak selain wakil TNB membuat sambungan atau usikan kepada pemasangan elektrik,” ujar beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN