Lima ikhtiar BN cermin kelangsungan masa depan Johor

Lima ikhtiar BN cermin kelangsungan masa depan Johor

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lima ikhtiar atau manifesto utama yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) Johor buat rakyat di negeri itu semalam jelas mencerminkan kelangsungan masa depan Johor bagi kembali membangun secara holistik menerusi pentadbiran berintegriti.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Syed Unan Mashri berkata, ikhtiar itu juga merupakan sesuatu yang realistik untuk dicapai dan berbeza sama sekali dengan ‘janji palsu’ ditawarkan Pakatan Harapan (PH) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini yang menyifatkan manifesto bukan kitab suci.

Malah katanya, lima ikhtiar tersebut memiliki hala tuju yang jelas buat anak muda di negeri paling selatan itu.

“Pergerakan Pemuda UMNO melihat lima ikhtiar ini sebagai perancangan realistik yang boleh dicapai bagi memakmurkan Johor dan bukan sekadar ‘manifesto bukan kitab suci’ mainan PH serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) satu ketika dulu.

“Antara yang menarik perhatian adalah program sewa untuk memiliki (rent to own) rumah, insentif RM1,000 bagi pasangan muda yang layak dan RM500 bagi mahasiswa dari keluarga B40. Semua itu menunjukkan BN benar-benar mendengar suara golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ikhtiar BN Johor yang dilancarkan semalam menggariskan lima teras utama bertemakan Kestabilan Masa Depan, bagi menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang makmur dengan didokong naratif politik baharu matang lagi stabil.

Lima teras utama yang digariskan itu adalah kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan pentadbiran berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan reformasi politik.

Mengulas lanjut Syed Johan berkata, komitmen BN Johor yang cakna dengan menyediakan skim 3,200 lot perumahan generasi baharu Felda juga bakal mendatangkan manfaat kepada anak muda Felda di Johor.

Langkah itu juga katanya, menjadi bukti akan wujudnya kesinambungan kejayaan perjuangan Felda yang berterusan di bawah kestabilan kerajaan BN.

“Lebih menarik, ikhtiar BN Johor ini menjanjikan pelan sokongan buat anak muda negeri itu yang memerlukan platform bersifat futuristik menerusi tawaran Geran Keusahawanan Orang Muda Johor (OMJ) dan Pelan Infrastruktur Digitalisasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya