PETALING JAYA: Bekas Penasihat DAP yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, disahkan positif Covid-19. 

Lim Kit Siang pula positif Covid-19, hanya batuk-batuk

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Penasihat DAP yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, disahkan positif Covid-19. 

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Politiknya, Syahredzan Johan berkata, beliau disahkan positif wabak itu hasil ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang dilakukan di Parlimen.

“Saya boleh pastikan yang ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang telah diuji positif Covid-19. Awal hari ini di Parlimen, beliau menjalankan kit ujian pantas (RTK) antigen dan keputusannya positif, kemudian ujian RT-PCR dijalankan serta disahkan positif Covid-19. 

“Beliau sekarang dalam tempoh kuarantin mengikut protokol-protokol kuarantin. 

“Beliau sudah divaksinasi dan mendapatkan suntikan dos penggalak, dan setakat ini beliau hanya mengalami gejala ringan seperti batuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam, semasa proses pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam yang mengundang perkumpulan perwakilan secara beramai-ramai, Kit Siang mengumumkan bersara daripada politik selepas 56 tahun berada dalam parti dan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada keputusan positif Covid-19 diperoleh Kit Siang hari ini berpunca daripada program yang dihadirinya semalam. 

Pemilihan CEC DAP semalam menyaksikan, ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook diumumkan sebagai Setiausaha Agung baharu DAP menggantikan penyandangnya, Lim Guan Eng. 

Lim Guan Eng, yang juga anak Kit Siang mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Setiausaha Agung yang disandang selama 18 tahun lalu selaras dengan perlembagaan parti yang mengehadkan tempoh penggal penyandangnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN