LHDN menang golf

LHDN johan keseluruhan Kejohanan golf Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2022

Para peserta Kejohanan Golf Persatuan Badan Berkanun Malaysia bergambar bersama di Amverton Cove Golf & Resort Pulau Carey yang tamat hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG– Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) muncul sebagai Juara keseluruhan Kejohanan Golf Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) 2022.

Menurut kenyataan PBBM, johan kategori VIP diungguli oleh peserta daripada agensi percukaian tersebut.

“Bagi kategori individu, dijuarai peserta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) A menjadi johan kategori berpasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, kejohanan tersebut julung-julung kali diadakan semalam secara berasingan daripada Mesyuarat Agung Tahunan PBBM.

Katanya lagi, Amverton Cove Golf & Resort kali ini dipilih menjadi venue kejohanan pada kali ini.

“Kategori pertandingan dibahagikan kepada Pasukan, Individu (nett) dan tetamu khas (VIP). Kejohanan golf ini terbuka kepada agensi yang menjadi ahli PBBM,” katanya.

Mengulas lanjut PBBM berkata, di peringkat awal, pihak urusetia mensasarkan 100 pemain, walaubagaimanapun penyertaan di luar jangkaan dengan penyertaan sejumlah 136 pemain melibatkan 23 agensi.

Kenyataan itu menambah, antara agensi terlibat adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Perbadanan Putrajaya , Universiti Putra Malaysia (UPM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Majlis Perbandaran Selayang (MPS),Universiti Teknologi Mara (UiTM) ,Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

“Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Kuala Selangor(MPKS), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Institut Sukan Negara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), LHDN, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Universiti Malaysia Pahang(UMP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut terlibat.

“Objektif kejohanan ini adalah dapat memupuk semangat kesukanan dan ukhwah yang baik dalam kalangan para pemain yang mewakili agensi masing-masing,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai kejohanan ini, orang ramai boleh melayari www.pbbm.org.my atau melalui Facebook.com/PersatuanBadanBerkanunMalaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya