LGBT bertentangan dengan agama, undang-undang

LGBT bertentangan dengan agama, undang-undang

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap isu berkaitan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin membimbangkan mutakhir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, LGBT bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya malah, bertentangan dengan undang-undang negara.

“Kegiatan itu (LGBT) bukan sahaja salah dari aspek undang-undang jenayah Syariah bahkan dari aspek undang-undang Sivil juga.

“Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Che Alias Che Hamid (Pas-Kemaman) yang bertanya mengenai rancangan kerajaan menggubal suatu dasar khusus bagi membasmi penularan budaya LGBT yang semakin menular dalam negara.

Menurut Idris, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) 2019-2025 bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat.

“Ia terutamanya permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin meruncing, dengan pelbagai isu seperti penagihan dadah, remaja hamil (tidak berkahwin), pembuangan bayi, perceraian dan gelandangan.

“Masalah lain pula adalah seperti penularan virus HIV/AIDS, penagihan arak, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya,” kata Idris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya