Lelaki menyamar polis kantoi curi motosikal  - Utusan Malaysia

Lelaki menyamar polis kantoi curi motosikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki disyaki menyamar sebagai anggota polis sebelum mencuri sebuah motosikal di sebuah pangsapuri di Damansara Damai mengundang padah apabila dia ditahan semalam.

Penahanan suspek berusia 31 tahun itu dibuat di Mutiara Damansara pada pukul 11.50 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil soal siasat, suspek mendakwa telah mengangkut motosikal curi berkenaan dengan seorang lagi lelaki.

Kata beliau, lelaki berkenaan merupakan kawan kepada individu lain dikenali sebagai ‘Mamat Mulong’ menggunakan sebuah lori yang dipandunya.

“Suspek mendedahkan dia telah ditawarkan kerja sambilan untuk mengambil sebuah motosikal dengan bayaran upah RM100 oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, susulan penahanan itu, pihaknya turut merampas sebuah lori, telefon bimbit (empat) dan sebatang sepana berbentuk ‘t’ yang telah diubah suai di Kampung Tengah Puchong.

Selain itu, kata beliau, turut ditemukan iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dalam keadaan tidak sempurna yang dilaporkan hilang.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Kita turut mengesan dua individu termasuk ‘Mamat Mulong’ bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Azizi Bajan di talian 010-5882574,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya