Lebuh raya tanpa tol Sabak Bernam-Klang selesai dinaik taraf

Lebuh raya tanpa tol Sabak Bernam-Klang selesai dinaik taraf

FADILLAH Yusof (dua dari kanan) mengagihkan cenderahati kepada pengguna Jalan Sabak Bernam-Klang sewaktu Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan itu di Sungai Besar, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Projek lebuh raya tanpa tol di Jalan Sabak Bernam-Klang yang menghubungkan kawasan Tanjong Karang dengan daerah ini sepanjang 45 kilometer siap sepenuhnya.

Kerja menaik taraf jajaran yang menghubungkan dengan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) itu dikatakan siap awal dan mampu menangani kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna.

Jalan tersebut dinaik taraf dari dua lorong kepada empat lorong dengan peningkatan keselesaan kepada apabila beberapa infrastruktur turut dibina seperti persimpangan pertingkat, pusingan ‘U’ dan jejantas di sepanjangnya.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek berkenaan siap awal sebulan daripada tarikh sepatutnya menyebabkan kerajaan memperoleh penjimatan sehingga RM31 juta kepada RM749 juta berbanding kos kontrak asal bernilai RM780.928 juta.

 “Jalan ini nanti akan berhubung dengan WCE iaitu lebuh raya yang sedang dalam pelaksanaan dan diharapkan sebahagiannya dapat disiapkan pada tahun 2023 serta sebahagian kecil lagi hanya dapat disiapkan pada 2024.

“Sebab jalan ini dibiayai sepenuhnya dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan akan menghubungkan WCE yang dibiayai oleh pihak swasta secara sistem bertol,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan 5 (FR05) di Dataran Tonggak 10, di Sungai Besar, hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah memaklumkan, penyempurnaan projek tersebut diharapkan dapat menghubungkan bandar-bandar utama di Selangor sekaligus memangkin kepada perkembangan ekonomi di negeri ini.

“Objektif utama projek ini adalah menyediakan prasarana lebih selesa, selamat dan dapat menampung trafik sepanjang jajaran serta menggalakkan aktiviti ekonomi di koridor persisiran pantai barat.

“Dianggarkan sebanyak 19,411 kenderaan menggunakan laluan ini bersamaan 7.08 juta kenderaan setahun yang mendapat faedah dengan perjalanan lebih lancar dan tanpa tol,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya