Lebih 1,000 mangsa banjir di Selangor pindah ke PPS - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 mangsa banjir di Selangor pindah ke PPS

Seramai 1,000 mangsa banjir berada di Pusat Permindahan Sementara setakat pukul 8 pagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 1,112 mangsa banjir melibatkan 263 keluarga dipindahkan ke sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri setakat pukul 8 pagi tadi.

Namun, jumlah tersebut belum mengambil kira mangsa yang dipindahkan ke PPS di Masjid Putra Heights yang masih dalam proses bancian.

Pusat Operasi Selangor Pintar (SSOC) dalam satu makluman menyatakan, terdapat 27 kawasan merangkumi lima daerah dilanda banjir selepas hujan lebat lebih sejam petang semalam.

Kawasan tersebut ialah di Taman Rahmat Jaya, Kampung Melayu Sri Kundang Batu Arang, sekitar kawasan Pusat Kusta, Kawasan Perindustrian SB Jaya dan Blok B, D, E, F Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak

Di Hulu Langat pula, kawasan terlibat seperti Kampung Rinching Hulu, Batu 20 – 23 Kampung Sungai Lui, Taman Lestari Seri Kembangan, Kampung Batu 17 Dusun Tua, Desa Mahkota Sungai Kembung Hilir, Kampung Orang Asli Paya Lebar, Kampung Sungai Kantan, Kampung Desa Mahkota Beranang, Kampung Bangi Lama dan Jalan Payar Lebar Batu 23 Sungai Lui.

 

Petaling

Turut dilanda banjir beberapa kawasan di Petaling seperti di Jalan 2/1 dan 2/2 Bandar Baru Sungai Buloh, Taman Kinrara, Kinrara Court, Taman Buana, USJ 1 Subang Jaya dan Kampung Sri Puchong.

Sementara kawasan seperti  Kampung Merbau Indah, Kampung Sri Sentosa dan Kampung Sri Aman, Kuala Selangor serta Taman Murni Jenderam Hilir, Jalan Tok Dagang Kampung Sungai Merab, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir dan Taman Delima di Sepang turut terkesan dengan hujan lebat berkenaan.

Susulan itu,  sebanyak sembilan PPS dibuka iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Kampung Melayu Sri Kundang  dengan sejumlah 224 mangsa dipindahkan dan Dewan Orang Ramai Sri Kundang di Gombak (300 mangsa).

Enam PPS dibuka di daerah Petaling iaitu di Dewan Kenanga Seksyen 28 (222), Dewan Camelia Putra Heights (138), Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah (164), Masjid Putra Heights (dalam bancian) dan Masjid Nurul Huda (26), sementara SK Putra Heights diletakkan dalam keadaan sedia untuk dijadikan PPS.

Selain itu, sebuah PPS dibuka di SK Sungai Serai, Hulu Langat yang menempatkan 48 mangsa.

“SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku dan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya