Lim Kit Siang umum bersara daripada politik

Kit Siang umum bersara daripada politik

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan beliau bersara dalam politik selepas hampir 60 tahun dalam bidang itu dan menjadi sebahagian daripada pemimpin mengasaskan partinya pada 1966.

Selain itu, beliau juga memaklumkan tidak mempertahan kerusinya di Parlimen Iskandar Puteri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah, Kit Siang juga tidak bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) DAP dalam Kongres Ke-17 parti itu yang berlangsung hari ini.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. Saya menarik diri dari bertanding pilihan JTP hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda. Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya parlimen atau negeri di masa hadapan,” katanya ketika berucap dalam kongres tersebut.

Dalam pada itu, beliau menggesa pimpinan baharu parti membina semula keyakinan rakyat terhadap parti dan mencetus semula harapan serta keyakinan terhadap masa depannya.

“Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun. Dua hari lepas adalah ulang tahun ke-56 parti kita dan selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam pilihanraya umum tahun 1969.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baru berlangsung adalah satu peringatan yang penting bahawa Impian Malaysia kita yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara bersatu padu, demokratik, adil dan berjaya yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa satu perjuangan politik jangka panjang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya