PETALING JAYA: Urus niaga menerusi mata wang kripto atau digital menjadi modus operandi pilihan terbaru penjenayah untuk menyembunyikan jejak transaksi aktiviti tidak sah termasuk dalam urusan memberi rasuah. Sejak sedekad lalu mata wang dicipta pakar komputer tersebut semakin berkembang selain turut ‘membuka peluang’ kepada penjenayah melicinkan aktiviti salah mereka. Senario lebih membimbangkan apabila transaksi mata wang digital berkenaan turut diguna pakai oleh rangkaian sindiket rentas negara seperti jual beli dadah…