ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dr. Salmee Said menafikan beliau sengaja memfitnah Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil dekat sini berkaitan rasuah RM4 juta. Menurut Salmee, beliau hanya meminta penjelasan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung aduan daripada sebuah syarikat kontraktor yang mendakwa perlu membayar sebanyak RM4 juta melalui konsultan universiti berkenaan bagi mendapatkan tender pembinaan…










