KUALA LUMPUR: Kini adalah masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera memandangkan ketidakstabilan politik negara sehingga kerajaan terpaksa berkompromi dengan pembangkang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Akmal Saufi Mohamed Khaled, sekiranya dibiarkan keadaan tersebut berterusan akan menyebabkan ekonomi negara bergerak perlahan dan akhirnya menyusahkan kehidupan rakyat. Katanya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan terdapat pengundi atas pagar kembali kepada Barisan Nasional (BN)…










